Isnin, 29 November 2010

Harry Potter and The Deathly Hallows


Harry Potter and The Deathly Hallows

Dibintangi oleh

Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes

Genre

Aksi Thriller

Ulasan

Filem sekuel yang digarap daripada karya JK Rowling ini sudah hampir ke penamat. Untuk siri terakhir ini ia dibuat dalam dua bahagian. Bahagian pertama sedang ditayangkan di seluruh dunia ketika ini, manakala bahagian kedua akan menemui penonton pada Julai 2011.

Apa hebatnya Harry Potter and The Deathly Hallows? Bagi yang sudah menontonnya, pasti anda mempunyai pandangan sendiri. Tapi, GUA percaya ramai yang suka dan kagum dengan filem fantasi ini. Lebih-lebih lagi kalau ia ditonton dalam versi 3D.

Seperti biasa, visual filem ini tidak perlu dipertikaikan. Adegan-adegan fantasi yang dipersembahkan terlihat begitu nyata seolah-olah ia benar-benar berlaku. Begitu juga dengan jalan cerita. Tidak perlu dibahaskan kerana dia mengikut versi novel. Walaupun terdapat beberapa penambahan, tetapi ia tidak mencacatkan.

Perlu diingatkan, untuk bahagian pertama ini, tidak banyak aksi pertempuran yang dapat dilihat. Sebaliknya penonton akan dijamu dengan elemen cinta tiga segi di antara Harry Potter, Ron dan Hermione. Mungkin ada yang berasa bosan kerana mendapati Ron masih tidak faham-faham dengan status hubungan Harry dan Hermione.

Bagaimanapun, penonton masih boleh ketawa kerana ia turut diselitkan dengan unsur-unsur komedi. Jadi, tidaklah berasa tegang sepanjang masa.

Kali ini debaran bermula apabila Harry dan rakan-rakannya terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi mencemaskan bagi memusnahkan saki-baki The Horcrux, iaitu senjata yang boleh menjadikan Voldermort hidup kekal abadi.

Dalam masa yang sama, pengajian mereka di Hogwart juga terhalang kerana kejatuhan Kementerian Magik dan kebangkitan kuasa Voldermort. Malah, Harry juga menjadi buruan ahli-ahli sihir yang berpihak kepada Voldermort yang sudah lama ingin membunuhnya.

Info

Nicholas Hooper menolak kesempatan untuk menggarap muzik untuk dua bahagian terakhir filem Harry Potter ini. Alasannya, mengerjakan muzik untuk ‘Harry Potter and The Order Of The Phoenix’ dan ‘Harry Potter and The Half-Blood Prince’ sebelum ini telah membuatkan kehidupan peribadinya terjejas.
  • Share this review
    • email
    • facebook
    • twitter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan