Episod ini memperjelaskan pandangan Pakar tentang dilema suami isteri dalam melakukan hubungan intim semasa mengandung. Masih ramai yang merasa fobia untuk melakukan keintiman kerana khuatirkan kesan hubungan seks yang dialami oleh si isteri. Definisi keintiman semasa mengandung bagi pasangan memerlukan persefahaman dan komunikasi kedua-dua pihak yang tidak hanya tertumpu kepada hubungan seks. Posisi yang sesuai dan selamat untuk ibu mengandung tetap bergantung kepada individu dan perlulah mengikut gaya ketimuran. Digalakkan juga untuk menggunakan 'bahan pelincir" ketika hamil.
Komunikasi yang berkesan bersama pasangan digalakan agar memudahkan dan melancarkan proses hubungan intimasi.
Dr. Ismail Tambi menasihatkan, hubungan intim boleh dilakukan asalkan ia tidak mendatangkan mudarat dan ketidakselesaan di antara pasangan.
Hubungan intimasi ketika hamil sangat bagus dilakukan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pasangan dan juga bersama anak. Pasangan boleh melakukan hubungan intimasi supaya menyenangkan proses bersalin/melahirkan.
Jangan malu atau takut untuk berjumpa doktor untuk berbicara tentang hubungan intimasi bersama pasangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan