Isnin, 29 November 2010

Putera Katak l Slot Lagenda tv3


Putera Katak merupakan drama terbaru di Slot Lagenda TV3 akan menemui penonton mulai 29 November 2010 iaitu pada minggu depan. Drama Putera Katak akan ditayangkan di tv3 setiap hari Isnin Hingga Khamis jam 4.30 Petang menggantikan ulik mayang dan siaran ulangannya pada 8.30 malam di tv9.
Putera Katak SLot Lagenda ini bakal menyaksikan Nora Danish dan ZIzan Nin bergandingan sebagai teraju utama drama ini. Macam best jer kan? Jom kita bacasinopsis Putera Katak.

Sinopsis Drama Putera Katak – Slot Lagenda TV3

Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.
Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora. Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya.
Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?
p/s: Kalau lah drama putera katak ini macam cerita ”The Frince Prog”, mesti saya layan sampai habis. hehe. Lagu Tema Putera Katak akan diupdate kemudian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan