Mengucap panjang saya apabila baca tajuk utama harian metro hari ini. Dalam kepala asyik terbayang – bayang ‘‘pengawal menumbuk perut wanita yang sarat mengandung” sambil fikir macam manalah perasaan wanita itu time kena tumbuk. Mesti merana gila!
Seharusnya, pengambilan pekerja terutama pegawai keselamatan perlu ditapis sebaiknya kerana kalau setakat melepaskan batuk ditangga, perkara yang sama tidak mustahil akan berulang lagi. Cuba anda bayangkan ”perut anda memulas nak berak tapi tiba – tiba kena penumbuk”. Apa perasan anda ketika itu? Kalau saya, mungkin saya kasi buku 5 beberapa das kat bawah. ahahaha!
P/s: Untuk lelaki yang bergelar suami, time isteri dah genting itu janganlah lepaskan orang tersayang pada orang lain. Susah senang bersama, buat anak pun bersama tapi janganlah tinggalkan isteri seorang diri walaupun sekejap. ”Dia memerlukan kita lebih dari yang kita fikirkan”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan