Isnin, 29 November 2010

Tetapi Saya Mengawal Cara Saya Makan l Kenapa Masih Gemuk?

”Tetapi saya mengawasi apa yang makan!” Saya tahu anda semua sememangnya mengawasi apa yang anda makan tetapi seberapa kerap anda boleh mengawal nafsu makan anda? Anda mungkin makan secara sederhana tetapi badan anda masih gemuk. Kenapa masalah ini berlaku?



Ramai yang mengadu dan risau dengan bentuk badan mereka yang tidak menarik. Setiap kali melihat ke cermin, serta-merta muka masam mencuka. ahaha.
“Aku tak nak gemuk, aku nak kurus!”
Cuba anda tanya diri anda sendiri…
Adakah anda terus makan walaupun sudah kenyang?
Adakah anda sentiasa makan?
Adakah anda gemar makan mengikut nafsu iaitu makan banyak dalam satu masa?
Adakah anda ketagihan makanan?
Adakah anda menggemari makanan yang berlemak dan berminyak?
Adakah anda gila pada makanan dan minuman manis?
Adakah anda makan terlalu banyak snek seperti keropok dan kentang goreng?
Jika jawapan anda bagi setiap soalan ini adalah ”ya”, tidak hairanlah berat badan anda berlebihan. hehe! Fikir – fikirkan, ubahlah corak pemakanan anda dari sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan